Sunday, September 28, 2008

Wah Raye Datang Lagi...!!!


Di kesempatan ini Sebagai Moderator Pro-Evolution Tokwan Event Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYE MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA KELUARGA TOKWAN DAN TOKI .. Moga raye tahun ini lebih meriah daripada tahun sebelum nye.. INSYALLAH
- Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih ramai yang menyanyagimu di Dunia,
Tetapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang akan
Mengasihimu di Akhirat -
Perkara-perkara sunat pada Hari Aidilfitri

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.. Nabi saw memberitahu mereka :'Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan didalamnya, iaitu hari Aidilfitriul-Fitr dan hari Aidilfitriul-Adha." - Riwayat Abu Daud, 1134

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat..

Antara perkara-perkara sunat dilakukan pada hari raya:

1. Mandi : ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum keluar..

2. Menjamah makanan sebelum keluar : Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada hari Aidilfitriul-Fitr sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitriul-Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

3. Bertakbir : Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Aidilfitriul-Fitr dan Aidilfitriul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.

4. Mengucapkan tahniah: Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik dihari Aidilfitri, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun Misalnya mereka boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu. Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan : "Taqabbal minnaa wa minka" - semoga diterima amalan dari kamu dan dari kamu

5. Memakai baju yang baik/cantik : dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat : Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir ra (Hadis riwayat Bukhari). Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.